Skip to main content

Penanaman Dan Penjagaan Timun Yang Berkesan


   Assalamualaikum, kami dari pelajar Politeknik Jeli, Kelantan telah membuat satu assignment untuk subjek E-Agriculture yang bertajuk Penanaman dan Penjagaan Timun atau "cucumber" yang lebih berkesan sebagai tajuk utama untuk proposal kami. Kami memilih tajuk timun kerana timun mempunyai banyak kebaikan atau kelebihan yang tersendiri. Antara objektif kajian kami ialah untuk menerangkan serta menjelaskan tentang cara penanaman timun batang yang berkesan. Malahan, kami juga akan selitkan tentang faktor yang mempengaruhi keberkesanan penanaman timun batang sepanjang musim. Seterusnya kami juga akan menerangkan antara penyakit serta faktor yang mempengaruhi pertumbuhan timun batang. Kami juga akan menerangkan cara serta kaedah untuk mengawal kerosakan serta kecacatan pada tanaman timun batang. Akhir sekali kami akan berkongsi cara unutk menanam timun batang dengan berkesan dan khasiat timun batang kepada kita. 

   Kami telah menemuramah seorang pengusaha timun batang dari Setiu,Terengganu iaitu Encik Mohammad Zeteleny bin Daud bagi memperoleh maklumat dan pengetahuan tentang kaedah penanaman dan penjagaan timun batang. Kami menganalisis data yang telah kami perolehi tentang kaedah serta teknik yang digunakan oleh Encik Mohammad Zeteleny dalam pengusahaan timun batang bagi mendapatkan hasil yang berkualiti serta sihat. Kami juga telah melakukan pemerhatian di tempat Encik Mohammad Zeteleny dengan melawat ladang beliau sendiri iaitu di kg. Saujana Setiu,Terengganu. Kami juga telah meninjau kawasan tanaman beliau serta mengenalpasti kaedah yang digunakan oleh beliau dalam mengusahakan tanaman tersebut. 

    Timun adalah sayuran buah yang mudah ditanam di negara kita . Dan nama saintifiknya ialah "cucumis sativus" merupakan tanaman yang menyukai kawasan panas seperti negara kita . Timun merupakan sejenis pokok yang memanjat serta membiak daripada bij benih . Timun juga merupakan sejenis tumbuhan yang dimakan sebagai sayur-sayuran . ia juga boleh dimakan secara mentah atau segar dan juga dalam masakan.

    Tanaman timun merupakan sayuran yang sangat popular di Malaysia. Buah timun yang masih muda digunakan sebagai ulaman dan dimakan mentah dan juga dibuat acar atau jeruk. Timun tua pula ditanam untuk dijadikan bahan sayuran sup dikalangan penduduk tempatan. pengamalan makan buah timun yang mentah dapat menurunkan berat badan serta dapat mengubati penyakit sampu pucat iaitu penyakit pening pening.

   Pada masa kini, manusia tidak mengambil berat terhadap tanaman ini serta bagi mereka tanaman ini tidak memerlukan perhatian dan penjagaan rapi bagi proses pertumbuhan buah timun berjalan dengan lancar. Selain itu, penanaman buah timun atau “cucumber” didapati kurang mendapat sambutan oleh para petani di negara kita. Hal ini kerana, ramai yang memandang rendah kerana bagi merekatanaman ini memerlukan perhatian khusus dan penjagaan rapi bagi proses pertumbuhan buah timun untuk mendapatkan hasil yang lebih besar. Pengusaha tanaman timun di Setiu, Terengganu iaitu Encik Muhammad Zeteleny bin Daud berkata antara masalah utama untuk penanaman tanaman timun ini ialah gangguan serangan daripada serangga perosak seperti lalat buah, kumbang dan lain lain. 


KAEDAH PENANAMAN DAN PENJAGAAN TIMUN
 BATANG YANG LEBIH BERKESAN


   Kami telah menemuramah salah seorang pengusaha tanaman timun di Setiu,Terengganu iaitu Encik Mohammad Zetelemy. Kami mendapati beliau menggunakan satu kaedah yang moden, di mana kaedah ini telah menguntungkan beliau dengan mendatangkan hasil yang banyak dan berkualiti. Setelah kami mengkaji, teknik yang digunakan oleh beliau ialah teknik penggangtungan. Melalui teknik ini beliau mampu mengeluarkan hasil yang banyak serta beliau mampu mengutip hasil selama 54 hari pada satu pusingan. 

    Beliau juga berkongsi tentang kelebihan kaedah ini, dan antara kelebihannya adalah kaedah ini mampu mengelak tanaman tersebut diganggu oleh serangga perosak seperti siput, ulat serta rumput. Selain itu, aktiviti mencuci kawasan tanaman juga mudah dilakukan malahan dapat menghasilkan hasil yang lebih berkualiti dan bersih serta segar. akhir sekali, kaedah ini senang dan mudah untuk dikawal.

Kaedah penggantungan yang digunakan oleh beliau




seperti rajah di atas, beliau menggunakan teknik penggantungan, di mana jarak antara polibag tersebut dengan tanah dalam 5 atau 6 kaki . dan jarak antara satu pokok ke satu pokok yang lain dalam 8 hingga 10 kaki . 





















Kebaikan Timun

Kekal Hidrasi

Timun mengandungi 96% air, timun mengekalkan tubuh badan anda agar sentiasa hidrasi. Timun boleh dikunyah dan makan begitu saja. Kulit menjadi lebih lembap dan sihat jika mendapat bekalan air yang mencukupi

Kesihatan Kulit, Rambut dan Kulit

    Timun juga mengandungi mineral yang baik untuk kulit seperti magnesium, potassium dan silicon. Ia sering digunakan di dalam rawatan spa kerana kebaikannya pada kesihatan kulit. Kandungan silica di dalam timun juga membantu melembutkan rambut dan mencantikkan kuku.
   Di samping itu, ramai mungkin tidak tahu bahawa timun juga membekalkan vitamin A, B dan C yang sangat bagus pada kesihatan badan dan kulit. Kebaikan timun meningkatkan sistem imuniti badan, membekalkan tenaga dan menjadikan kulit yang lebih cerah.

Menghilangkan Sembab dan Lingkaran Gelap bawah Mata

    Kebaikan seterusnya, timun menyejukkan dan menghilangkan sembab ala panda di bawah mata. Sangat cliché bila difikirkan timun sering kali dilihat digunakan pada mata. Namun, kebaikannya sememangnya tidak dapat dinafikan. Ia mampu menyegarkan dan mengurangkan sembap bawah mata.

Merawat Masalah Mulut Berbau

     Masalah mulut berbau? Menghilangkan bau mulut juga merupakan salah satu kebaikan timun. Jus timun yang diminum atau dikumur mampu menyegarkan dan merawat gusi yang bermasalah.

Meredakan Kerengsaan akibat ‘Sunburn’


    Berjemur di tengah panas boleh menyebabkan masalah kulit terbakar dan gatal-gatal. Cuaca di Malaysia yang panas menyebabkan badan kita lesu dan mudah disambar panas. Sapukan jus timun atau letakkan timun di bahagian yang “sunburn” untuk melegakan kemerahan dan keradangan kulit.

Menu bagi yang Ingin berdiet

    Bagi yang ingin menurunkan berat badan, jadikan timun sebagai salah menu harian anda. Timun sememangnya mampu membekalkan tenaga, selain berfungsi untuk proses detox atau mengeluarkan toksin yang terkandung di dalam badan. Ia juga sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah batu karang.

Merawat Masalah Pori Terbuka

   Timun juga berpotensi untuk merawat masalah pori terbuka. Blend timun menjadi jus dan campurkan bersama cuka epal, aloevera dan pulpa tomato bersama untuk dijadikan sebagai toner. Ia bukan saja mengecilkan pori, malah menyegarkan kulit.

Menghilangkan selulit di bahagian betis

    Walaupun bakal mengambil masa yang lama untuk menghilangkan selulit, timun boleh dijadikan bahan untuk menghilangkannya. Campurkan jus timun bersama serbuk kopi dan madu asli, gaul sehingga menjadi paste. Dan sapukan pada kawasan yang mempunyai selulit. Balut kawasan tersebut dengan kain dan bersihkan dalam masa 30 minit. Kandungan phytochemicals didalam timun menggalakan proses penghasilan kolagen untuk pertumbuhan kulit baru.

 Mengurangkan masalah Keguguran Rambut

    Minum jus timun setiap hari kerana ia mampu mengurangkan masalah keguguran rambut. Selain itu, boleh juga sapu jus timun ke rambut sehingga ke kulit kepala untuk selama satu jam sebelum syampu.

 Merawat inflamasi

    Timun boleh melegakan inflamasi akibat allergic dan eczema. Ia menyejukkan badan yang kemerah-merahan akibat inflamasi dan memulihkan kegatalan kulit

 Cara Memastikan Kesegaran Timun
     Pastikan timun disimpan di dalam peti sejuk sejurus lepas dibeli untuk mengekalkan kesegaran timun. Hal ini kerana timun sangat sensitive kepada haba. Elakkan membeli timun yang sudah layu dan kekuningan. Gunakan ia tidak melebihi satu minggu, seeloknya dalam satu hingga 3 hari. Jika tidak digunakan secara habis, balut dengan plastic pembungkus makanan supaya ia tidak menjadi kering.




Comments

  1. Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
    💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    6) Sepanjang sy kenal ramai pesakit, antara dikalangan kawan-kawan sy juga, pesakit gout pun boleh sembuh dgn cepat , abang sy sendiri minum untuk gout, kalau dlu die bergantung kepada ubat klinik ,sekarang dh sembuh dn gout susah nak dtg dah walau kadang kala ada makan seafood.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit (GERD) yang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi 017-4687570

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

cucumberies